About Me

My photo
Holla! My name is Natasha, but I dont mind if you just call me Tasha. This is where I told you everything I experienced in my life. To me, this blog is the most important thing for me to relive the memories I have ever gone through.

Sunday, April 20, 2014

Last Day of Industrial Training

           Berakhir sudah perjalanan aku di Hutan Bandar, FRIM sebagai student practical. pejam celik dah genap 20 minggu aku berkecimpung dengan dunia Urban Forest. kalau nak cerita semua memang takkan habisla sebab liku-liku perjalanan kat situ dah macam pelangi. Aku ingat lagi hari pertama lapor diri aku dan 4 orang lagi classmate aku aini, izuddin dan fakrur sama-sama melaporkan diri di PSM lepas tu barulah kitorang dikenalkan dengan sorang mamat ni nama dia En. Azaruddin. Pandangan pertama nampak dia sumpah aku tak expect die tu bos besar (RO) kat cawangan Hutan Bandar tu tapi itulah kenyataannya. Penat bersesi soal jawab dengan bos kitorang pon diperkenalkan dengan mat rappers which is Abang Samsol (dah kahwin) haha. Abang samsol ni dari hari pertama dia memang dah tersangat ramah dan sangat banyak cerita. Tiba-tiba si abg sam ni bawak kitorang jumpa dengan encik Affendi merangkap ARO kat situ. Masuk je dalam bilik die. pun perkara yang sama berulang kerana dia tersangatlah ramah dan non-stop bercakap. Pada hari pertama tu jugalah kitorang dah kena ikut en fendi ni pergi field ke Alam Impian.. Sepanjang perjalanan kitorang ke Alam Impian tu dia memang tak berhenti buat Q & A dengan kitorang. cerita dia memang kena bukak nota sem 1 sem 2 balik lah kan.

            Sebelum aku cerita lebih-lebih aku lupa nak intro pasal classmate aku 3 orang ni. Sebenarnya kitorang tak rancang pon nak li sama-sama. tapi kira macam unexpected plan jugalah. Kitorang dekat hutan bandar tu memang dah macam belangkas sangat ke mana sahaja kitorang macam kereta api follow bontot abg sam ni ha. dah macam adik- beradik. Act, masa dekat poli aku takdalah rapat sangat dengan si din and fakrur ni tapi kalau dengan aini tu memang macam kembarlah rapatnya. sebab tu li pon tempat sama. Mula-mula tu susah jugalah nak get along dengan fakrur ni sebab dia jenis pemalu..butttttt. jangan terlalu awal menilai dia kerana kesudahannya dia bukan yang kita sangkakan. hahah. Banyak cakap juga mamat ni. dan dia baiklah tak tahu nak balas kelembutan dia melayan kaum hawa seperti kami ni. sangat proper nak dibandingkan dengan si din yang sgt suka cari gadoh dengan aku . geramnya!!! (hey din kalau kau ada sekarang aku rasa nak korek je hidung kau). last but not least cinta hati pengarang jantung aku si Aini Sujak (anak jowo totok) hahaha. dialah satu-satunya kawan yang sehati sejiwa dengan aku. semua benda nak beli sama2. makan maggie pon nak berteman. memang belangkaslah.

           Ehh.. terlupa pulak nak intro pasal sorang lagi staf hutan bandar. encik zul (dah kahwin) dia ni masa mula-mula kenal kitorang pijak semut pon tak mati. punya lah lembut dia punya suara. nak minta kitorang buat kerja pon lembut je. hmmm. semua tu propa. hakikatnya dialah hantu segala hantu dalam menyakat orang. kitorang panggil dia Afdlin Syauqi (comel kot). Dia sangat sensetip bila orang panggil dia macam tu. tapi dalam hantu-hantu dia ni ade juga naluri kebapaan dia. terima kasih sebab hadiahkan kitorang t-shirt FRIM. hahaha.

           last..lastt.lastt. dah penat menaip ni. tapi sebabkan yang ni paling penting untuk diceritakan. its all about Kak Dayah & Kak Ros. The two beautifull kakak. ok aku nak cerita pasal kak dayah dulu lah. Kak Dayah ni baru je grad dr UKM. (single). First day dia lapor diri untuk bekerja di FRIM aku dengan aini lah bodyguard yang jemput dia utk dibawa ke hutan bandar. dia masuk kereta je dia dah start ramah. haha. yang kesian pasal kak dayah ni dia terpaksa berulang dari UKM ke FRIM naik KTM. then dia pon bertanya pasal rumah sewa. bincang punya bincang jadilah dia ni menyewa dengan kitorang sekali di Taman Ehsan. Kitorang pon mulakan kehidupan baru bertiga bekerja ke FRIM bersama. ngehngeh. kak dayah ni sangat banyak story sampaikan setiap hari sebelum tidor dia pasti buat sesi bed time story dgn aku. sebabkan die ni peramah sgt tak sampai 2 minggu kitorang dah rapat mcm 2 tahun. Sampailah pada minggu ketiga kemunculan kak ros yang tgh sambung PHD dan baru melaporkan diri ke FRIM. masuk je kak ros ke rumah. kitorang pon memulakan kehidupan baru berempat bersama ke FRIM.

          Bahagia punya bahagia tapi kehidupan tu pasti akan ada perpisahan yang berlaku. ikotkan hati berat nak tinggalkan diorang semua dekat hutan bandar tu. terutamanya abg sam yang sgt banyak beri tunjuk ajar backup kitorang bila bos marah. gelak tawa tepuk dahi sama-sama. benda tu semua sementara je. sedih nak tinggalkan diorang. Kak dayah n Kak ros pon muncul time kitorang da nak habis li. sekejap je masa kitorang dapat spend bersama. wlaupon tak sampai sebulan dengan kak dayah n kak ros. tapi kitorang semua takkan lupakan korang berdua.

         Sedih pulak bila teringat that precious memory. terima kasih terima kasih yang tak terhingga atas tunjuk ajar yang korang beri pada kitorang, terima kasih sebab sudi melayan kerenah kitorang

Terima kasih!!!
En.Aza, En.Fendi, Pn Nazimah, Pn Nik, Kak syidah, Abg Samsol, En.Zul, Acik Said, Uncle Azman, Cik Bo, ijat,syahmi,along,anip. dan semua staf hutan bandar n KBG

n to my 2 angel Kak Dayah & Kak Ros

Lots of Love. till we meet again.










Saturday, February 22, 2014

Tak mengapa

Tak kisahlah ape yg nak kau buat aku ikut kan sahaja.

Tak kisahlah sampai tersalah tingkah laku kau dihadapan aku

Sedangkan kau sendiri sudah tidak ade hati dan perasaan walau salah terbongkar.

Saturday, January 25, 2014

Abi the great buddyz

Hope kawan sampai bila-bila.
Jangan lupa susah senang kita.
Insyaallah aku tak lupa kau!!!
We swag a whole day to wondermilk.

Tuesday, November 26, 2013

Love.cinta

Bullshit Love kalau kau itu pendusta
Bullshit Cinta kalau kau hanya pandai berkata

Cinta hanya untuk kau perolehi?
Mungkin kau terlalu bodoh untuk menilai cinta

Kau si durjana.
Jangan hanya meletakkan permata di atas lantai
Kau jagalah ia, kau belai lah ia.

Kerana cinta itu berharga lebih dari sebutir permata.

Keliar

Hari ke hari semakin tidak pasti,
Patah hati punah la harapan dan janji.

Kau hilang jauh dari sisi,
Keliar.keliar. keliar.
Aku buntu untuk hidup disini.

Mata-mata gelap puas mencari
Mengharap pasti wahai kau si pencuri hati

Pulanglah kembali ke destinasi
Akan ku setia menunggu dikau pasti.

Monday, November 25, 2013

*Sjkbm

Im really hate this feeling. Im gonna die at all if i just let it be. I must tell him but i cant. Its too hard for me.

Ohh. Please. I dont know what to do. It is the end?

After all the result just gonna be the same.

Even i tell him a million time. He will just simply ignore about it. He will not know the truth. Because he just playing fool with the feeling.

Argghhhh. Hate it.

If u just want to dumbed me. Go ahead!!! Do it.

But please do respect me.
Throw away your ego's it will kill u someday.

Im not telling that u're bad person.
I just dont understand what act u want from me.

U keep playing fool with me.
Even ur mouth keep saying that u love me.

Please be honest and respect me.

Monday, November 4, 2013

Black

"Black" say hye to u'olls!!! Black masih meneruskn hidopnye tanpa "Roshmanu" di sisi. Kematian "Roshmanu" mrupakn mimpi ngeri buat "Black". Get a life black.

Sunday, November 3, 2013

Selfish

Jangan terlalu 'Selfish' boleh??
Fikirkan juga perasaan org lain
Tidak semestinya kita tahu semua
Tidak semestinya org kena dengar semua kata kita
Tidak semestinya apa yg kita lakukan betul
Jangan Selfish boleh?
Beri peluang akan pendapat yg lain.
" Kita mungkin kata betul , tapi mungkinkah betul?"
*TakeNoteGuyss

Final project Landscape Installation

Hasil titik peluh bersama #FamilyDLH3A #SiteA infront of administration office PNS love politeknik nilai #2013

Saturday, September 14, 2013

O

OOOooooo.
Selalu bile terlupa..
Sering alpa dengan yg ada

Oooooo.
Keseronokkan memberi alpa.

Ooooo. Tidak apa- apa

With you

A whole day with the name of love.

Itu sudah cukup bermakna.

Jiwa bersatu di angkasa raya
Kini aku senyum melihat engkau

#CINTA

Sunday, September 8, 2013

Waiting..... ;'(

Menunggu...

Sejak dari kelmarin menunggu
Berharap akan sesuatu selepas menunggu..

Malangnya sia-sia sahaja menunggu
"apa yang aku dapat selepas menunggu??"..

Pagi ke petang menunggu
Malam ke siang menunggu..

Hingga kini masih menunggu.. :,(





Monday, August 5, 2013

Feeling alone

Peneman dikala kebosanan di dalam kereta untuk pulang ke kampung halaman #AwekChuckTaylor #NamiCobNobbler #NamaNami #LejenPress off to #KB

Friday, June 21, 2013

Fazle's birthday

Selamat hari jadi my only little brother. Be a good boy ye like ur sister. I love u bbyyy
 
Happy 7 years old!!!
21/6/13

Sunday, June 2, 2013

Think!!!

If we can just let go and trust that things will work out they way they’re supposed to, without trying to control the outcome, then we can begin to enjoy the moment more fully. The joy of the freedom it brings becomes more pleasurable than the experience itself.

Thursday, May 30, 2013

Sungai Gabai

"Truth is, you don't lose friends. You just find out the ones who were true, and the ones who were never really there for you"

Sunday, May 5, 2013

PRU13

Kemenangan akhirnya berpihak pada BN !!! Congratulation.
As a malaysian i always support for a better nation.
Semoga kepimpinan akan mencapai lebih kemajuan

Yang menang jangan sampai jadi abu, yang kalah pun jangan sampai jadi arang.

I LOVE MALAYSIA

Insta

Heyy guys.
Instagram.instagram.instagram!!!
Im bcme addicted towards THISSS!!!
I post every single photo that i've captured before into this
"Insta app"..

What about u??
U should create ur own account on instagram
It'll be enjoyable when u can post whatever pitcure u like.

No Title

SAYA BOSAN SERTA TIDAK TAHU APA UNTUK DITULIS......GRRR

Saturday, May 4, 2013

my superrbb PAVLOVA

Hyee blogger sekalian. Im proud to be my mum daughter because i just baked a pavlova. And.. Ianya menjadi. Thumbs up for me yaww.


And this is the picture of my very first time  pavlova


 
Natasha Nasiumin Blogger Template by Ipietoon Blogger Template