Sebelum aku cerita lebih-lebih aku lupa nak intro pasal classmate aku 3 orang ni. Sebenarnya kitorang tak rancang pon nak li sama-sama. tapi kira macam unexpected plan jugalah. Kitorang dekat hutan bandar tu memang dah macam belangkas sangat ke mana sahaja kitorang macam kereta api follow bontot abg sam ni ha. dah macam adik- beradik. Act, masa dekat poli aku takdalah rapat sangat dengan si din and fakrur ni tapi kalau dengan aini tu memang macam kembarlah rapatnya. sebab tu li pon tempat sama. Mula-mula tu susah jugalah nak get along dengan fakrur ni sebab dia jenis pemalu..butttttt. jangan terlalu awal menilai dia kerana kesudahannya dia bukan yang kita sangkakan. hahah. Banyak cakap juga mamat ni. dan dia baiklah tak tahu nak balas kelembutan dia melayan kaum hawa seperti kami ni. sangat proper nak dibandingkan dengan si din yang sgt suka cari gadoh dengan aku . geramnya!!! (hey din kalau kau ada sekarang aku rasa nak korek je hidung kau). last but not least cinta hati pengarang jantung aku si Aini Sujak (anak jowo totok) hahaha. dialah satu-satunya kawan yang sehati sejiwa dengan aku. semua benda nak beli sama2. makan maggie pon nak berteman. memang belangkaslah.
Ehh.. terlupa pulak nak intro pasal sorang lagi staf hutan bandar. encik zul (dah kahwin) dia ni masa mula-mula kenal kitorang pijak semut pon tak mati. punya lah lembut dia punya suara. nak minta kitorang buat kerja pon lembut je. hmmm. semua tu propa. hakikatnya dialah hantu segala hantu dalam menyakat orang. kitorang panggil dia Afdlin Syauqi (comel kot). Dia sangat sensetip bila orang panggil dia macam tu. tapi dalam hantu-hantu dia ni ade juga naluri kebapaan dia. terima kasih sebab hadiahkan kitorang t-shirt FRIM. hahaha.
last..lastt.lastt. dah penat menaip ni. tapi sebabkan yang ni paling penting untuk diceritakan. its all about Kak Dayah & Kak Ros. The two beautifull kakak. ok aku nak cerita pasal kak dayah dulu lah. Kak Dayah ni baru je grad dr UKM. (single). First day dia lapor diri untuk bekerja di FRIM aku dengan aini lah bodyguard yang jemput dia utk dibawa ke hutan bandar. dia masuk kereta je dia dah start ramah. haha. yang kesian pasal kak dayah ni dia terpaksa berulang dari UKM ke FRIM naik KTM. then dia pon bertanya pasal rumah sewa. bincang punya bincang jadilah dia ni menyewa dengan kitorang sekali di Taman Ehsan. Kitorang pon mulakan kehidupan baru bertiga bekerja ke FRIM bersama. ngehngeh. kak dayah ni sangat banyak story sampaikan setiap hari sebelum tidor dia pasti buat sesi bed time story dgn aku. sebabkan die ni peramah sgt tak sampai 2 minggu kitorang dah rapat mcm 2 tahun. Sampailah pada minggu ketiga kemunculan kak ros yang tgh sambung PHD dan baru melaporkan diri ke FRIM. masuk je kak ros ke rumah. kitorang pon memulakan kehidupan baru berempat bersama ke FRIM.
Bahagia punya bahagia tapi kehidupan tu pasti akan ada perpisahan yang berlaku. ikotkan hati berat nak tinggalkan diorang semua dekat hutan bandar tu. terutamanya abg sam yang sgt banyak beri tunjuk ajar backup kitorang bila bos marah. gelak tawa tepuk dahi sama-sama. benda tu semua sementara je. sedih nak tinggalkan diorang. Kak dayah n Kak ros pon muncul time kitorang da nak habis li. sekejap je masa kitorang dapat spend bersama. wlaupon tak sampai sebulan dengan kak dayah n kak ros. tapi kitorang semua takkan lupakan korang berdua.
Sedih pulak bila teringat that precious memory. terima kasih terima kasih yang tak terhingga atas tunjuk ajar yang korang beri pada kitorang, terima kasih sebab sudi melayan kerenah kitorang
Terima kasih!!!
En.Aza, En.Fendi, Pn Nazimah, Pn Nik, Kak syidah, Abg Samsol, En.Zul, Acik Said, Uncle Azman, Cik Bo, ijat,syahmi,along,anip. dan semua staf hutan bandar n KBG
n to my 2 angel Kak Dayah & Kak Ros
Lots of Love. till we meet again.